Berapakah berat badan saya sekarang?

Sunday, March 14, 2010

Lawatan ke rumah kengkawan istimewa(YOKUK)






on 25 feb 2010- pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan(YOKUK)

Pertama Kali pergi ke YOKUK yang terletak di pengkalan chepa, iaitu terletak tidak jauh daripada USM kubang kerian untuk melawat serta membuat assessment kepada mereka di sana..Kumpulan saya terdiri daripada Azah,suzanawati dan rosmatunisah.

Pada pagi pertama kami tiba di sana, kami telah diringi oleh Atiqah iaitu salah seorg ahli daripada kumpulan yang sebelum ni telah datang ke YOKUk. Kami telah di kenalkan dengan salah seorg pegawai yang bertugas di sana iaitu kak Ina(bukan nama sebenar). kak ina telah membawa kami melawat kawasan sekitar dan memperkenalkan pelbagai alat untuk merawat kawan-kawan istomewa ini serta di sana terdapat bilik-bilik khas untuk mereka membuat ujian terhadap cognitive,sensory dan reaction terhadap sesuatu stimulasi. walaupun, rumah ini tidaklah seluas sekolah tetapi terdapat pelbagai alat yang mencukupi dan kemudahan-kemudahan bagi pelatih-pelatih disitu untuk belajar hidup seprti orang biasa.

kemudian, kami telah membuat sesi suai kenal bersama-sama pelatih-pelatih disana dan saya dapati mereka semua adalah amat senang untuk berkomunikasi dan peramah walaupun mereka kurang dari segi tertentu. Semasa kami melawat, hanya terdapat 13orang pelatih iaitu antara nama mereka ialah anip,hadi,syafiq,azmi,faizal,farah,azimah,farid,pidaei,lisa,sharul&shareza.
Setiap individu mempunyai masalah kesihatan masing-masing. majoritinya mereka nampak seperti orang normal cuma ada bebrapa orang saja yang tampak kekurangan mereka. Ada yang sindrom down, ada yang emotional disable, intellectual disable, sound impairment and ada yang autism. Daripada perbualan kami bersama mereka, kebanyakkan mereka adalah anak ke2 daripada 5 orang adik-beradik. Di waktu lapang, di sini mereka akan diajar menjahit, memasak, membaca,melukis dan bermain komputer. Mereka ini akan datang ke tempat latihan pada awal 8.30pg dan pulang pada jam 3ptg.
inilah sedikit sebanyak tentang kawan-kawan di YOKUK.

No comments: