Berapakah berat badan saya sekarang?
Sunday, March 14, 2010
Aktiviti pada minggu Pertama di YOKUK
Ini ialah gambar pada malam sebelum hendak pergi ke YOKUK. Kami telah berusaha mengutip botol-botol kosong di dalam Tong sampah di sekitar hostel murni dan nurani USm untuk membuat persediaan permainan Bowling bersama-sama kawan-kawan di YOKUK. Betapa malu bercampur excited nya kami sewaktu mengutip botol-botol di dalam longkang and tong sampah. tetapi kami tak kesah pown, asalkan plan kami untuk bermain bersama kawan-kawan kat san menjadi..hehehe
Aktiviti pertama selepas sesi suai kenal, kami telah mengajar mereka bermain bowling dengan menggantikan pin bOwling=botol plastik dan bola bowling= bola futsal. Semua pelatih-pelatih telah dibahagikan kepada 3kumpulan. setiap kumpulan mengandungi 4 org tetapi satu kumpulan terdapat 5org. Sebelum memulakan permainan, kami telah mengajar serta melatih mereka cara-cara bermain, melempar bola bowling dengan teknik yang betul serta mengajar untuk memberikan perhatian dan fokus semasa hendak mebuat lontaran bola. Tujuan kami membuat game Bowling kepada mereka ialah kerana ingin melihat balance badan setiap individu, ketangkasan mempelajari sesuatu, memfokus terhadap sesuatu kerja yang hendak di buat, mencapai target dengan menjatuhkan kesemua botol, mengimbangi badan semasa membuat balingan, serta kejituan balingan bola terhadap kesemua botol-botol itu.
Setelah tamat bermain, kami menari bersama dan didapati ade 2-3org daripada mereka yang sangat pandai dan suka menari.
rase penat & seronok.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment